Selasa, 14 Disember 2010

Cerita Anak2 Tebuan di Gopeng dan Bernam Jaya...

Setelah seminggu lebih Tebuan Riderz selesai menyertai 2 jamboree, baru hari ni penulis berpeluang nak buat coretan sikit tentang jamboree2 tersebut (sebenarnya, malas).  Itu perkara biasa pada semua bloggers. Semangat utk terus update blog bukan perkara senang. Tapi kerana cintakan Tebuan Riderz dan MTB, penulis gagahi jugak (mohon credit dari kawan2 lain, hehehehe).

Okay, mula dengan Gopeng Peace Ride 2010 di Gua Tempurung, Gopeng.  Tebuan Riderz hadir dengan 8 org anak tebuan yang semuanya tak terbayang langsung apa rupa trek dan tak kenai pun organizer. Tapi macam penulis bagitau, kerana cintakan MTB, akan kami redah walau di mana juga jamboree diadakan, dengan syarat kami berkemampuan ke sana. Tak kenai maka tak chenta.

Anak2 Tebuan berhibernasi buat satu malam di sebuah homestay kat Kampung Jahang.  Memang menarik, tertarik, homestay tu memang da’bomb!!!  Tepi sungai, sejuk menggedi ayaq dia. View tak payah cakap la. Bangun pagi berkabus.  Tima kasih penghulu Helmy dari Tapah yang tolong cari homestay utk kami.

Setibanya di sana, kami ambik goodies dulu. Heran jugak la. Sunyi! Tak macam jamboree lain. Bila ditanya, Cuma 300++ riders ja yang ambik bahagian.  Belasah ja la. Dah sampai pun. Mau tak mau kayuh ja la.  T-shirt kira ok la. Goodies lain tak seberapa, pasal mungkin organizer tak dapat kerjasama dari penaja2 biasa jamboree ni.  Tapi Bukit Merah Laketown ada participate sebagai penaja utama.

Pasal trek pulak. First 20km memang rideable.  Ada overtaking dan varieties of terrain yang buatkan riders semua teruja la jugak.  Termasukla anak2 tebuan.  Tetapi……..

Selepas itu…

Kami dihidangkan dengan laluan berbukit bukau yang memang mengerikan. Tak tau la kalau geng2 organizer boleh kayuh. Kami kena pikul basikal kami (nama pun MTB = Mai Tanggung Beskat), tak pa la. Tapi treknya kena redah sungai.  Kami climbing bukit lebih 10 km sambil tanggung beskat lalu celah2 batu sungai!  Hebat la kalo ada yang boleh kayuh.  Tapi 100% takdak rider yang boleh kayuh la.  Aci kerat jari! Kalo tak dengar riders dok menyumpah kat atas bukit memang tak sah.

Lepas tu, kayuh la skit lagi sampai checkpoint tiga.  Ingat azab dah abih.  Rupa2nya, lagi mengerikan.  Riders kena tanggung lagi sekali beskat2 depa lalu denai yang lebih merupakan trek untuk jungle tracking. Jangan harap boleh kayuh. Lagi sekali keghairahan riders dibunuh oleh rupa bumi yang dihidangkan oleh organizer.  Sudahlah langsung tak jumpa marshall di sepanjang perjalanan melainkan kat checkpoint.

Finally, habih la jugak azab kami.  Walaupun keadaan trek macam tu, anak2 tebuan mencatatkan keputusan memberangsangkan.  Semua dapat top 100.  termasuk Azam yang dapat no. 6 overall.  Yang lain2 tu kira ok la.

Pada organizer, rider MTB ni bukan mengharapkan bukit setinggi awan utk kayuh.  Asalkan rideable, boleh diterima akal dan ada variety kira ok la. Bukan nak tinggi semata2.  tinggi kalo takleh kayuh, baik buat race jungle tracking ja.  Lumba lari dalam utan.  Okay! No heart feeling.  Kalau takleh ditegur, jangan buat event melibatkan orang ramai.  Tapi next year kami akan fikir 100 kali sebelum join event ni. Hehehehe.

Kemudian...

Kami ke Bernam Jaya MTB Jamboree 2010 di Bernam Jaya, organized by PKNS MTB.  Senang cerita, inilah Event of The Year.  Mula dari ambik goodies sampai la penutup event, serba-serbi berlangsung dengan sangat baik.  Full credit to organizer.  

Anak2 tebuan seramai 12 org telah berkelana ke sana.  Kami semua menginap di Rumah Tamu UPSI dan Hotel Hijrah, tima kasih pada Tn. Yuseri yang mengusahakan rumah yang hyper selesa utk kami.  Lepas tu tengok plate number pun dah teruja.  Punyalah berkualiti.  Papan plastik dengan no. Telepon ICE (in case of emergency) pun ada.

Treknya memang fully rideable.  Tak dak tempat yang berlaku jammed. Tak dak bukit yang tak leh dikayuh. Senang cerita, sapa menolak di sini pasai tak cukup training la tu.  Organizer sediakan trek yang penuh variety. Tahniah pada depa.

Lepas tu, marshall ada di mana2.  yang naik beskat pun ada, yang naik scrambler pun ada.  Checkpoint dan water point tak sesak langsung.  Ramai yang menunggu.  Ayaq siap dah bukak.  Sekali lagi tahniah pada depa.

Masa penutup siap jemput Zainal Abidin Hijau tu nyanyi la. Cuma masa penutup tu siap ada ucapan dari VIP yang buat letih menunggu.  Kalo la semuanya dibuat dengan ringkas dan padat masa penutup tu, tak dak la teruk sangat rider2 ni nak kena tunggu.  Badan dah letih, nak dengaq ucapan plak tu. Tapi, small matter ja tu.  Tak menjejaskan kebaikan di peringkat awal jamboree ni. 

Akhir kata, jamboree ni telah menetapkan satu benchmark yang tinggi pada jamboree2 lain.  Nak menyamai depa memang la payah.  Sponsor besaq depa ada. Tapi rider2 ni pun bukan la demanding sangat.  Cuma harap organizer2 jamboree ni bersikap profesional dan buat apa yg sepatutnya organizer buat.  Tu ja. Tak payah kompang bunga manggar pun tak pa.

Jadi, penutup 2010 telah dilalui dengan penuh gemilang.  Anak2 tebuan sekali lagi catatkan keputusan memberangsangkan.  Ramai dalam top 200.  so, berbaloi2 la training selama ni.  Tahniah pada semua organizer jamboree tahun 2010.  kita jumpa lagi tahun 2011.

Adios...

Isnin, 22 November 2010

Anak Tebuan Ke Kuale...

KUALE KANGSOR - Sekian lama tak di update, kini baru lah sampai seru untuk penulis ketuk sikit cerita masa kat Kuale tempoh hari.  Kayuhan di Kuale hari tu memang tak perlu dikomen banyak pasal trek nya... tak dak yang komplen pasai trek sangat pun... banyak jugak diceritakan dalam blog2 lain... tapi single trek mmg panjang... apa yang kurang skit maybe pasal penganjur tinggal ayaq dalam jerry can dan tak dak pengawasan urusetia langsung... buatnya ada kutu pi bubuh racun pun kita tak tau...

Anak2 tebuan bertolak awal sehari walaupun jarak perjalanan tu bukanlah jauh sangat... sejam lebih skit dari tempat kami tapi apa salahnya pi awal... tak menyusahkan orang lain pun... hehehe... penginapan homestay diuruskan oleh Tuan Yuseri dan sangat selesa... no complain at all...

Seterusnya tibalah hari kayuhan... semua anak tebuan bersemangat waja dengan jersi rasmi masing2... penyertaan boleh dikatakan agak ramai... maybe yang hadir hari tu dekat2 1000 orang riders jugak... Apa yang membanggakan adalah semua anak tebuan mencatatkan keputusan yang memberangsangkan... semua dapat habis top 300... paling cepat sampai no. 58 saudara Azhar (an) yang memang selalunya sampai awal kalo kayuh kat mana pun...

Tahniah pada penganjur dan semua riders yang telah menyemarakkan Kayuhan Kuale tempoh hari... bukan ranking jadi keutamaan, tapi amalan gaya hidup sihat dan cintakan sukan mtb ni yang buat kita semua sertai apa juga jamboree... Jumpa di Gopeng dan Bernam Jaya nanti...

No. 58... tapi medal sama ja dengan kami hat sampai 2-3 ratus... hehehehe... takpa...

Azam... tak kayuh pun ambik sijil ka? takpa kami tau... hahahaha

Azhari (Ejen 3G) pakai baju Tebuan, hehehehe...

Lapaq teruk nampak...

Sexy tu...


Barang Kes untuk di bawak balik tunjuk pada 'tuan tanah'....


Ranking Anak2 Tebuan di Kuale Kangsor tempoh hari...

Isnin, 18 Oktober 2010

Anak Tebuan Gegarkan Pulau

PULAU PINANG - Campaign For A Lane telah digegarkan oleh sekumpulan manusia yang datang dari Bukit Tebuan dengan harapan memperolehi lesen keliling pulau pagi semalam.  Kayuhan ini adalah merupakan kempen ni yang ditaja oleh CIMB dan sebahagian besar anak2 tebuan tak tahu pun apa kempen yang dibuat sebenarnya.  Apa yang mereka tahu, nak ambik lesen kayuh pulau.

Perjalanan ke Pulau Pinang bermula dari Sabtu malam sebenarnya buat sebahagian anak tebuan seperti Tuan Yusri, Tuan Azli, Tuan Azam, Tuan An, Tuan Cikgu Hadi, Tuan Mat Ninja dan Tuan Paksu (semua dah jadi tuan).  Depa ni tidur di sana dengan harapan tak perlu tergesa-gesa macam sebahagian anak tebuan lain macam Tuan Syam, Tuan Yus, Tuan Jong, Tuan Tg.Man, Tuan Mat Nazri dan Puan Wawa oppsss Cik Wawa Celeron kita.

Bagi yang bertolak pagi Ahad tersebut, perjalanan bermula seawal 5 pagi dan bayangkanlah pukul berapa depa bangun tidoq? Kayuh punya pasai, pukui 4 pun boleh bangun. Cuba ajak Qiyamullail... Setibanya di Pulau Pinang, beribu cyclist dan standby dan organizer mulakan kayuhan tepat jam 7 pagi, walaupun jam penulis menunjukkan jam 7.05 minit pagi. 

Route yang diatur memang menarik bermula dari Esplanade dan climbing yang mengujakan di Titi Kerawang dan Balik Pulau telah menyajikan satu cabaran baru terutama anak2 tebuan.  Hasil daripada kayuhan ini adalah, semua anak tebuan berjaya menamatkan kayuhan tanpa perlu balik naik lori. Wawa Celeron jugak dah upgrade jadi Wawa Pentium. Pendek kata, tahniah pada semua anak tebuan.

Gambar2 ihsan Abdul Halim Che Aat dan Mohd Nazri Idris.


Wawa dah upgrade ke Pentium... You look blue yesterday...

Pair baik punya sepanjang kayuhan... baikpunya... hehehe

Saudara lama Jong...

Nasib baik tak dak Anak Tebuan atas lori2 ni...

Jong berjaya tamat jugak disebalik tayar yang pancit...

Orang paling cepat sampai...

entah apa punya nasik dia bagi... siap bungkus dalam daun lagi...

Merenung masa depan nampak...
Orang sampai awai... siap dah salin baju...

Jumaat, 15 Oktober 2010

Kayuhan Petang Paling Mengujakan

BUKIT KERA - Tebuan Riderz telah membuat kayuhan petang seperti hari-hari lain dan paling mengujakan adalah seramai 18 anak tebuan berjaya dikumpulkan walaupun tiada mesej rasmi dikeluarkan semalam.  Oleh kerana kehadiran yang ramai, pihak bertanggungjawab memilih trek baru iaitu Bukit Kera untuk route hari tersebut.

Laluan Bukit Kera memang ummpphh dengan uphill yang terpacak dan usaha menawan puncaknya sekali lagi tidak dapat dibuat kerana hari yang semakin gelap.  Beberapa orang anak tebuan ketegaq telah mencuba untuk naik ke puncak seperti halim, azam, an, mat duan, paksu, bang mat ninja dan cikgu hadi tetapi kerana risau hari makin gelap, maka semuanya berpatah balik untuk sesi bergambar (gambar merupakan barang kes bila masuk trek baru). Semoga kayuhan2 petang selepas ni akan terus meriah hendaknya.








 Lagi gambar, klik sini la...

Ahad, 10 Oktober 2010

Anak Tebuan Teroka Laluan Baru...

9 Okt - 7 anak tebuan teroka trek baru naik ke bukit kera... antara anak tebuan yang terlibat syam, yus, mat duan, mat jan, bang man tengku, takmat lenggek dan mat gajah... tapi semua dah sepakat nama tebuan riderz takkan ditukarkan jadi kera riderz utk mengelakkan sebarang tohmahan di masa hadapan... apa2 pun, trek bukit kera mmg mengancam mental dan fizikal... laluan yang ditawarkan ada berbatu dan banyak lorong air... teknikal jugakla... lagi pacak berbanding trek biasa kita naik... 


Selasa, 5 Oktober 2010

Siri Kayuhan Anak-anak Tebuan

Sejak lepas raya ni, banyak kali jugak anak2 tebuan melepaskan gian mengayuh dan berusaha membakar segala lemak yang telah dikumpulkan dengan gigih sepanjang hari raya hari tu. Selain itu, Tebuan Riderz pun dah rasmikan jersi baru anak2 tebuan.  Maka, lepas ni akan kelihatanlah pengayuh2 dari sekitar Nibong Tebal-Parit Buntar-Bandar Baharu dengan jersi belang hitam/oren/putih di atas jalan2 sekitar kawasan ni.

Klik sini untuk gambar2 aktiviti anak2 tebuan.

Rabu, 8 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Salam Aidilfitri... Salam penuh kemaafan dan keberkatan... Semoga hari raya semua riders dan anak2 tebuan berada dalam lindunganNya...

Semoga segala lemak + kolesterol yang dikumpulkan sepanjang perayaan nanti akan dibakar dengan kadar segera.  Berhati-hati di jalan raya... Ingat yang tersayang... Pandu cermat, jiwa selamat...

Khamis, 2 September 2010

Tunaikanlah Zakat...

Ibnu Umar meriwayatkan:
“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.”
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
 
Pada anak-anak tebuan, jangan leka mengayuh ja sampai lupa bayar zakat... maka tunaikanlah zakat fitrah yang diwajibkan ke atas kamu dan tanggungan kamu... Sesungguhnya zakat fitrah adalah penyuci kepada orang yang berpuasa daripada perkataan keji dan buruk yang mereka lakukan sewaktu berpuasa serta digunakan untuk menjadi makanan kepada orang miskin.
 
Kadar zakat bagi tahun ni untuk negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak (kerana anak-anak tebuan duduk kat area ni saja) adalah RM7.00 sahaja.
 
 

Isnin, 30 Ogos 2010

Tebuan Berkayuh Malam II - 28/8/2010

Ni merupakan kayuhan malam yang kedua kalinya utk anak2 tebuan sepanjang bulan ramadhan ni... Gambar semasa kayuhan pertama tak menjadi pasai camera setting silap (salah camera ka salah cameraman?) 


Route : Tmn Pekaka - Tmn Ilmu - Pmtg Pasir - Tol B.Baru - Tmn Pekaka

Gambar ihsan Nazri Celcom... Thank u very much... nanti boleh ambik lagi...









E... Ejen 3G...
Jong... layan corner sebelah tangan... kayuh sorang2... ada 2 punca, 1. dia tinggai habih semua orang @ 2. dia kena tinggai dengan semua orang...


Tokmat Lenggek dok repair kepala lutut Bang Mat Gajah sebelum patah balik...
Bro Rosli (baju oren) first time kayuh sama2...
Nasib baik depa call Cikgu Hadi... kalo tak kena tinggai lagi malam ni...


The most sexy rider... Bang Mat Gajah...


Pekena kerang lepas kayuh... cholesterol for free...



Khamis, 19 Ogos 2010

Baju Tebuan...


Baju Tebuan Riderz... Nanti boleh pakai masa pi jamboree... baru syok... tak kisah la orang kata tak cantik ka apa ka... janji kita rasa cantik...

Khamis, 12 Ogos 2010

Marhaban Ya Ramadhan...

Semoga Ramadhan kita kali ini akan diberkati serta dilimpahi rahmatNya...

Selamat berpuasa kepada semua pengayuh2 tegar termasuk Anak2 Tebuan.  Walau siang kita tak boleh kayuh, tapi kita beli lampu 'mata kucing' utk kayuhan malam  pulak... sapa yang tak ada lampu mata kucing pun takpa, kita beli ja toslait biasa... janji boleh suluh jalan...

Wassalam...