Isnin, 30 Ogos 2010

Tebuan Berkayuh Malam II - 28/8/2010

Ni merupakan kayuhan malam yang kedua kalinya utk anak2 tebuan sepanjang bulan ramadhan ni... Gambar semasa kayuhan pertama tak menjadi pasai camera setting silap (salah camera ka salah cameraman?) 


Route : Tmn Pekaka - Tmn Ilmu - Pmtg Pasir - Tol B.Baru - Tmn Pekaka

Gambar ihsan Nazri Celcom... Thank u very much... nanti boleh ambik lagi...









E... Ejen 3G...
Jong... layan corner sebelah tangan... kayuh sorang2... ada 2 punca, 1. dia tinggai habih semua orang @ 2. dia kena tinggai dengan semua orang...


Tokmat Lenggek dok repair kepala lutut Bang Mat Gajah sebelum patah balik...
Bro Rosli (baju oren) first time kayuh sama2...
Nasib baik depa call Cikgu Hadi... kalo tak kena tinggai lagi malam ni...


The most sexy rider... Bang Mat Gajah...


Pekena kerang lepas kayuh... cholesterol for free...



Khamis, 19 Ogos 2010

Baju Tebuan...


Baju Tebuan Riderz... Nanti boleh pakai masa pi jamboree... baru syok... tak kisah la orang kata tak cantik ka apa ka... janji kita rasa cantik...

Khamis, 12 Ogos 2010

Marhaban Ya Ramadhan...

Semoga Ramadhan kita kali ini akan diberkati serta dilimpahi rahmatNya...

Selamat berpuasa kepada semua pengayuh2 tegar termasuk Anak2 Tebuan.  Walau siang kita tak boleh kayuh, tapi kita beli lampu 'mata kucing' utk kayuhan malam  pulak... sapa yang tak ada lampu mata kucing pun takpa, kita beli ja toslait biasa... janji boleh suluh jalan...

Wassalam...

Rabu, 4 Ogos 2010

How Do We Start?

Assalamualaikum wbh...

Kami bermula dengan beberapa manusia yang nak cari kepayahan untuk diri sendiri dengan mengerah kudrat mengayuh basikal menerjah bukit-bukau demi kesejahteraan tubuh dan kelapangan minda.  Bermula dengan berdua, jadi bertiga, tambah berempat, kemudian berlima, kini kami jadi semakin ramai.

Kami tak peduli murah atau mahal 'kuda' tunggangan tersebut, apa yang penting semangat persahabatan dan keseronokan mengayuh jentera masing-masing.  Ada duit, upgrade la ikut selera masing-masing. 

Lepas ni, kami akan paparkan aktiviti kami.  Baik kayuhan rutin, mahupun kayuhan di jamboree2 yang dianjurkan.  Jadi...

SELAMAT BERKAYUH...