Selasa, 14 Disember 2010

Cerita Anak2 Tebuan di Gopeng dan Bernam Jaya...

Setelah seminggu lebih Tebuan Riderz selesai menyertai 2 jamboree, baru hari ni penulis berpeluang nak buat coretan sikit tentang jamboree2 tersebut (sebenarnya, malas).  Itu perkara biasa pada semua bloggers. Semangat utk terus update blog bukan perkara senang. Tapi kerana cintakan Tebuan Riderz dan MTB, penulis gagahi jugak (mohon credit dari kawan2 lain, hehehehe).

Okay, mula dengan Gopeng Peace Ride 2010 di Gua Tempurung, Gopeng.  Tebuan Riderz hadir dengan 8 org anak tebuan yang semuanya tak terbayang langsung apa rupa trek dan tak kenai pun organizer. Tapi macam penulis bagitau, kerana cintakan MTB, akan kami redah walau di mana juga jamboree diadakan, dengan syarat kami berkemampuan ke sana. Tak kenai maka tak chenta.

Anak2 Tebuan berhibernasi buat satu malam di sebuah homestay kat Kampung Jahang.  Memang menarik, tertarik, homestay tu memang da’bomb!!!  Tepi sungai, sejuk menggedi ayaq dia. View tak payah cakap la. Bangun pagi berkabus.  Tima kasih penghulu Helmy dari Tapah yang tolong cari homestay utk kami.

Setibanya di sana, kami ambik goodies dulu. Heran jugak la. Sunyi! Tak macam jamboree lain. Bila ditanya, Cuma 300++ riders ja yang ambik bahagian.  Belasah ja la. Dah sampai pun. Mau tak mau kayuh ja la.  T-shirt kira ok la. Goodies lain tak seberapa, pasal mungkin organizer tak dapat kerjasama dari penaja2 biasa jamboree ni.  Tapi Bukit Merah Laketown ada participate sebagai penaja utama.

Pasal trek pulak. First 20km memang rideable.  Ada overtaking dan varieties of terrain yang buatkan riders semua teruja la jugak.  Termasukla anak2 tebuan.  Tetapi……..

Selepas itu…

Kami dihidangkan dengan laluan berbukit bukau yang memang mengerikan. Tak tau la kalau geng2 organizer boleh kayuh. Kami kena pikul basikal kami (nama pun MTB = Mai Tanggung Beskat), tak pa la. Tapi treknya kena redah sungai.  Kami climbing bukit lebih 10 km sambil tanggung beskat lalu celah2 batu sungai!  Hebat la kalo ada yang boleh kayuh.  Tapi 100% takdak rider yang boleh kayuh la.  Aci kerat jari! Kalo tak dengar riders dok menyumpah kat atas bukit memang tak sah.

Lepas tu, kayuh la skit lagi sampai checkpoint tiga.  Ingat azab dah abih.  Rupa2nya, lagi mengerikan.  Riders kena tanggung lagi sekali beskat2 depa lalu denai yang lebih merupakan trek untuk jungle tracking. Jangan harap boleh kayuh. Lagi sekali keghairahan riders dibunuh oleh rupa bumi yang dihidangkan oleh organizer.  Sudahlah langsung tak jumpa marshall di sepanjang perjalanan melainkan kat checkpoint.

Finally, habih la jugak azab kami.  Walaupun keadaan trek macam tu, anak2 tebuan mencatatkan keputusan memberangsangkan.  Semua dapat top 100.  termasuk Azam yang dapat no. 6 overall.  Yang lain2 tu kira ok la.

Pada organizer, rider MTB ni bukan mengharapkan bukit setinggi awan utk kayuh.  Asalkan rideable, boleh diterima akal dan ada variety kira ok la. Bukan nak tinggi semata2.  tinggi kalo takleh kayuh, baik buat race jungle tracking ja.  Lumba lari dalam utan.  Okay! No heart feeling.  Kalau takleh ditegur, jangan buat event melibatkan orang ramai.  Tapi next year kami akan fikir 100 kali sebelum join event ni. Hehehehe.

Kemudian...

Kami ke Bernam Jaya MTB Jamboree 2010 di Bernam Jaya, organized by PKNS MTB.  Senang cerita, inilah Event of The Year.  Mula dari ambik goodies sampai la penutup event, serba-serbi berlangsung dengan sangat baik.  Full credit to organizer.  

Anak2 tebuan seramai 12 org telah berkelana ke sana.  Kami semua menginap di Rumah Tamu UPSI dan Hotel Hijrah, tima kasih pada Tn. Yuseri yang mengusahakan rumah yang hyper selesa utk kami.  Lepas tu tengok plate number pun dah teruja.  Punyalah berkualiti.  Papan plastik dengan no. Telepon ICE (in case of emergency) pun ada.

Treknya memang fully rideable.  Tak dak tempat yang berlaku jammed. Tak dak bukit yang tak leh dikayuh. Senang cerita, sapa menolak di sini pasai tak cukup training la tu.  Organizer sediakan trek yang penuh variety. Tahniah pada depa.

Lepas tu, marshall ada di mana2.  yang naik beskat pun ada, yang naik scrambler pun ada.  Checkpoint dan water point tak sesak langsung.  Ramai yang menunggu.  Ayaq siap dah bukak.  Sekali lagi tahniah pada depa.

Masa penutup siap jemput Zainal Abidin Hijau tu nyanyi la. Cuma masa penutup tu siap ada ucapan dari VIP yang buat letih menunggu.  Kalo la semuanya dibuat dengan ringkas dan padat masa penutup tu, tak dak la teruk sangat rider2 ni nak kena tunggu.  Badan dah letih, nak dengaq ucapan plak tu. Tapi, small matter ja tu.  Tak menjejaskan kebaikan di peringkat awal jamboree ni. 

Akhir kata, jamboree ni telah menetapkan satu benchmark yang tinggi pada jamboree2 lain.  Nak menyamai depa memang la payah.  Sponsor besaq depa ada. Tapi rider2 ni pun bukan la demanding sangat.  Cuma harap organizer2 jamboree ni bersikap profesional dan buat apa yg sepatutnya organizer buat.  Tu ja. Tak payah kompang bunga manggar pun tak pa.

Jadi, penutup 2010 telah dilalui dengan penuh gemilang.  Anak2 tebuan sekali lagi catatkan keputusan memberangsangkan.  Ramai dalam top 200.  so, berbaloi2 la training selama ni.  Tahniah pada semua organizer jamboree tahun 2010.  kita jumpa lagi tahun 2011.

Adios...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan