Khamis, 2 September 2010

Tunaikanlah Zakat...

Ibnu Umar meriwayatkan:
“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.”
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
 
Pada anak-anak tebuan, jangan leka mengayuh ja sampai lupa bayar zakat... maka tunaikanlah zakat fitrah yang diwajibkan ke atas kamu dan tanggungan kamu... Sesungguhnya zakat fitrah adalah penyuci kepada orang yang berpuasa daripada perkataan keji dan buruk yang mereka lakukan sewaktu berpuasa serta digunakan untuk menjadi makanan kepada orang miskin.
 
Kadar zakat bagi tahun ni untuk negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak (kerana anak-anak tebuan duduk kat area ni saja) adalah RM7.00 sahaja.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan