Isnin, 18 Oktober 2010

Anak Tebuan Gegarkan Pulau

PULAU PINANG - Campaign For A Lane telah digegarkan oleh sekumpulan manusia yang datang dari Bukit Tebuan dengan harapan memperolehi lesen keliling pulau pagi semalam.  Kayuhan ini adalah merupakan kempen ni yang ditaja oleh CIMB dan sebahagian besar anak2 tebuan tak tahu pun apa kempen yang dibuat sebenarnya.  Apa yang mereka tahu, nak ambik lesen kayuh pulau.

Perjalanan ke Pulau Pinang bermula dari Sabtu malam sebenarnya buat sebahagian anak tebuan seperti Tuan Yusri, Tuan Azli, Tuan Azam, Tuan An, Tuan Cikgu Hadi, Tuan Mat Ninja dan Tuan Paksu (semua dah jadi tuan).  Depa ni tidur di sana dengan harapan tak perlu tergesa-gesa macam sebahagian anak tebuan lain macam Tuan Syam, Tuan Yus, Tuan Jong, Tuan Tg.Man, Tuan Mat Nazri dan Puan Wawa oppsss Cik Wawa Celeron kita.

Bagi yang bertolak pagi Ahad tersebut, perjalanan bermula seawal 5 pagi dan bayangkanlah pukul berapa depa bangun tidoq? Kayuh punya pasai, pukui 4 pun boleh bangun. Cuba ajak Qiyamullail... Setibanya di Pulau Pinang, beribu cyclist dan standby dan organizer mulakan kayuhan tepat jam 7 pagi, walaupun jam penulis menunjukkan jam 7.05 minit pagi. 

Route yang diatur memang menarik bermula dari Esplanade dan climbing yang mengujakan di Titi Kerawang dan Balik Pulau telah menyajikan satu cabaran baru terutama anak2 tebuan.  Hasil daripada kayuhan ini adalah, semua anak tebuan berjaya menamatkan kayuhan tanpa perlu balik naik lori. Wawa Celeron jugak dah upgrade jadi Wawa Pentium. Pendek kata, tahniah pada semua anak tebuan.

Gambar2 ihsan Abdul Halim Che Aat dan Mohd Nazri Idris.


Wawa dah upgrade ke Pentium... You look blue yesterday...

Pair baik punya sepanjang kayuhan... baikpunya... hehehe

Saudara lama Jong...

Nasib baik tak dak Anak Tebuan atas lori2 ni...

Jong berjaya tamat jugak disebalik tayar yang pancit...

Orang paling cepat sampai...

entah apa punya nasik dia bagi... siap bungkus dalam daun lagi...

Merenung masa depan nampak...
Orang sampai awai... siap dah salin baju...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan