Jumaat, 15 Oktober 2010

Kayuhan Petang Paling Mengujakan

BUKIT KERA - Tebuan Riderz telah membuat kayuhan petang seperti hari-hari lain dan paling mengujakan adalah seramai 18 anak tebuan berjaya dikumpulkan walaupun tiada mesej rasmi dikeluarkan semalam.  Oleh kerana kehadiran yang ramai, pihak bertanggungjawab memilih trek baru iaitu Bukit Kera untuk route hari tersebut.

Laluan Bukit Kera memang ummpphh dengan uphill yang terpacak dan usaha menawan puncaknya sekali lagi tidak dapat dibuat kerana hari yang semakin gelap.  Beberapa orang anak tebuan ketegaq telah mencuba untuk naik ke puncak seperti halim, azam, an, mat duan, paksu, bang mat ninja dan cikgu hadi tetapi kerana risau hari makin gelap, maka semuanya berpatah balik untuk sesi bergambar (gambar merupakan barang kes bila masuk trek baru). Semoga kayuhan2 petang selepas ni akan terus meriah hendaknya.








 Lagi gambar, klik sini la...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan