Jumaat, 15 Oktober 2010

Kayuhan Petang Paling Mengujakan

BUKIT KERA - Tebuan Riderz telah membuat kayuhan petang seperti hari-hari lain dan paling mengujakan adalah seramai 18 anak tebuan berjaya dikumpulkan walaupun tiada mesej rasmi dikeluarkan semalam.  Oleh kerana kehadiran yang ramai, pihak bertanggungjawab memilih trek baru iaitu Bukit Kera untuk route hari tersebut.

Laluan Bukit Kera memang ummpphh dengan uphill yang terpacak dan usaha menawan puncaknya sekali lagi tidak dapat dibuat kerana hari yang semakin gelap.  Beberapa orang anak tebuan ketegaq telah mencuba untuk naik ke puncak seperti halim, azam, an, mat duan, paksu, bang mat ninja dan cikgu hadi tetapi kerana risau hari makin gelap, maka semuanya berpatah balik untuk sesi bergambar (gambar merupakan barang kes bila masuk trek baru). Semoga kayuhan2 petang selepas ni akan terus meriah hendaknya.








 Lagi gambar, klik sini la...

Ahad, 10 Oktober 2010

Anak Tebuan Teroka Laluan Baru...

9 Okt - 7 anak tebuan teroka trek baru naik ke bukit kera... antara anak tebuan yang terlibat syam, yus, mat duan, mat jan, bang man tengku, takmat lenggek dan mat gajah... tapi semua dah sepakat nama tebuan riderz takkan ditukarkan jadi kera riderz utk mengelakkan sebarang tohmahan di masa hadapan... apa2 pun, trek bukit kera mmg mengancam mental dan fizikal... laluan yang ditawarkan ada berbatu dan banyak lorong air... teknikal jugakla... lagi pacak berbanding trek biasa kita naik... 


Selasa, 5 Oktober 2010

Siri Kayuhan Anak-anak Tebuan

Sejak lepas raya ni, banyak kali jugak anak2 tebuan melepaskan gian mengayuh dan berusaha membakar segala lemak yang telah dikumpulkan dengan gigih sepanjang hari raya hari tu. Selain itu, Tebuan Riderz pun dah rasmikan jersi baru anak2 tebuan.  Maka, lepas ni akan kelihatanlah pengayuh2 dari sekitar Nibong Tebal-Parit Buntar-Bandar Baharu dengan jersi belang hitam/oren/putih di atas jalan2 sekitar kawasan ni.

Klik sini untuk gambar2 aktiviti anak2 tebuan.